Royal Town Kuala Kangsar

3:53 pm

Assalamualaikum :D Siapa orang Kuale angkat tangan! hhe Minggu lepas saya ambil angin petang dekat Kuala. So, terdetik nak cerita kat korang apa yang bestnya kat sini ek? Antara tempat menarik di Kuala Kangsar ialah Istana Kenangan, Taman Bandar, Muzium, perpustakaan awam, Jam Besar Kuala, Masjid Ubudiyah, Jambatan Sultan Abdul Jalil, Kota london dan Jambatan Sayong.


Menurut sejarah, Istana Kenangan ini juga dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepat. Pada asalnya, Istana ini  dibina sebagai tempat persemayaman sementara Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah (Marhum kadasallah) sementara menantikan siapnya pembinaan Istana Iskandariah. Kini bangunan ini telah dijadikan sebagai Muzium DiRaja Perak yang mempamerkan sejarah kesultanan dan menyimpan khazanah alat-alat kebesaran Negeri Perak.


Selain itu, terdapat juga koleksi-koleksi gambar foto kerabat-kerabat di raja yang silam, turut diabadikan dalam muzium ini.Bangunan ini telah didirikan pada tahun 1926, dan dianggap sebagai satu pencapaian ynang tinggi dan unik dalam seni bina tempatan kerana seni reka dan kehalusan buatan dan binaannya yang tidak menggunakan walau sebatang paku dari logam. Pelan atau pandangan sari atas bangunan ini adalah berbentuk atau berkonsepkan sebilah pedang yang disimpan di dalam sarungnya. Di mana bahagian hulu pedang adalah bilik peraduan sultan. Bahagian sarung pedang adalah mmerupakan Balai Rong Sari Istana. Istana ini sungguh pun kecil ianya mempunyai singgahsana sultan yang cantik. Fasad dinding diperbuat dari anyaman kelarai sementara struktur bumbung pula dikatakan mewarisi kombinasi gaya perabung lima dan perabung pisang sesikat. Bumbungnya yang asal adalah menggunakn kayu papan keras jenis berlian.

waktu melawat


Muzium ini dibuka pada setiap hari pada pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang. Manakala pada hari jumaat dibuka pada pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang dan 2.45 petang hingga 5.00 petang.



Taman Bandar ni bersebelahan dengan arena square kuala kangsar. Arena square ni selalunya tempat event di adakan seperti jualan promosi, karnival kerjaya, bazar Ramadhan dan banyak lagi. So, meriah la kat sini kalau ada event dan orang ramai suka melepak kat sini waktu petang. Selain arena square, di sini jugak banyak kedai makan dan kedai cenderahati. Antara makanan yang popular kat sini ialah laksa, cendol dan kundas. 


Kat taman ni banyak tempat bole snap gambar seperti perahu ni, dekat jeti, dan gambar dekat bawah ni kita boleh nampak Jambatan Sultan Abdul  Jalil yang menghubungkan sayong dengan Kuala Kangsar. Di sayong, terkenal dengan pembuatan kraftangan dan labu sayong. Manakala, di sebelah Kuala terkenal dengan bandar di raja di Bukit Chandan, Kota London, Jam Besar Kuala,Masjid Ubudiyah, Istana Kenangan, Perpustakaan Awam, dan Muzium.



Sekian saja bebelan untuk kali ini. Stay tune for the next story ya. Thank you guys !

You Might Also Like

0 comments