Dalam Ucapan Ada Doa

2:31 pm


Gambar: Google
Assalamualaikum..
 
Setiap orang pasti ada impian dan cita-cita tersendiri. Begitu juga saya. Dulu masa kecil saya pernah terdetik di hati untuk menaiki kereta api. Lalu, saya ceritakan kepada emak. Kini, apa yang saya pernah cakap dulu menjadi realiti. Saya akan menggunakan kereta api untuk berulang-alik ke kolej, bersiar-siar dan sebagainya. Ya, mungkin anda nampak ini perkara biasa. 

Sebenarnya banyak lagi impian saya yang menjadi kenyataan.  Alhamdulillah. Tapi, saya pendekkan cerita bahawa dalam setiap ucapan kita ada doa. Kenapa? Kerana dalam setiap ucapan yang keluar dari mulut kita itu lahir dari hati yang suci. Bak kata pepatah, lisan kita mencerminkan diri kita yang sebenarnya. Oleh itu, jika kita ucap yang baik-baik maka yang baik-baiklah jadinya begitu juga sebaliknya.

Ucapan itu boleh menjadi dorongan dan motivasi diri kita untuk lebih komited mengejar impian kita. Bila kita cakap dan ceritakan pada orang lain, secara automatik kita berjanji dengan diri sendiri dan orang yang diberi tahu tentang impian dan cita-cita kita. Oleh itu, kita akan berusaha untuk buktikan kesungguhan kita untuk mencapai impian tersebut supaya tidak malu kemudian hari. 

Jangan malu untuk berkongsi impian kita dengan orang lain.

Namun, perlu diingatkan bahawa, setiap apa yang kita inginkan tidak semestinya akan termakbul dengan cepat. Mungkin ianya akan menjadi cepat atau lambat. Semuanya bergantung dengan izin Allah.  ‘’Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.’’ (Surah 36 : Yaasin : 82)

Baik buruk ucapan akan kembali pada pengucapnya, jika bernilai ibadah ia mendapat ganjaran serta pahala, jika bernilai maksiat ia akan mendapat siksa atau bala.

Mudah-mudahhan perkongsian ini bermanfaat juga menjadi peringatan untuk diri saya dan anda semua. Sebarang pendapat dan penambahbaikan dari segi bahasa boleh komen di bawah ya. 

Terima Kasih sudi baca. 



You Might Also Like

1 comments