Amalan Sunat Pada Hari Jumaat

8:29 pm

Gambar: Masjid Terapung di Pulau Pinang
Salam Jumaat penghulu segala hari buat pembaca semua.  Sebagai peringatan untuk kita semua, saya kongsikan Amalan Sunat Hari Jumaat yang sering kita lupakan atau mungkin terlepas pandang. 

Terlebih dahulu saya ceritakan secara ringkas tentang Hari Jumaat. Jumaat adalah hari yang cukup istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasululla s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Jumaat dinamakan sebagai Saidul aiyam iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).

Terdapat lima peristiwa penting yang berkaitan dengan Hari Jumaat iaitu Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat.

Hari Kiamat. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam a.s. diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR.Muslim)

Penuh Kebaikan dan Amat berkat. Hari Jumaat, hari yang diangkat darjatnya sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ iaitu penghulu bagi seluruh hari. Hari Jumaat ini adalah hari yang paling utama dan berharga buat kita semua yang mana padanya disediakan sungguh banyak kebaikan, keberuntungan, peluang yang hebat untuk kita meraih pahala yang berganda-ganda!

Kita Ummah yang Terpilih. Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk. (HR.Muslim)

Antara amalan sunat yang boleh di amalkan ialah :

Memotong kuku. Daripada Ibnu Masud berkata, ''Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan."

Mandi sunat Hari Jumaat. Sebuah hadith daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama. (HR.Imam Abu Daud dan Tarmidzi).

Memakai baju yang bersih dan wangi-wangian.

Memperbanyakkan membaca selawat ke atas nabi s.a.w. 

Memperbanyakkan membaca surah Al-kahfi pada malam jumaat. 

Membaca Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah 

Mendirikan solat jumaat. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar. 

Banyakkan bersedekah. Hadis dari Kaâab menjelaskan: Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya. 

Check balik..ada tak di antara senarai di atas yang tak buat lagi hari ini..Kalau belum jom amalkan..semoga ringkasan ilmu ini bermanfaat dan di amalkan selalu agar beroleh bekalan untuk hari akhirat kelak. Amin YRA. Assalamualaikum.

Rujukan: ZainalRashid 



You Might Also Like

3 comments